Monday, September 29, 2008

Salam Anak Perantau


Uwaa.. sunyinya berseorangan di perantauan. Berbuka puasa dan sahur pun terpaksa berseorangan. Semua sahabat-sahabat dah pun balik ke kampung masing-masing. Tinggal saya seorang disini. Rasa sedih juga dihati bila melihat banyak keluarga yang keluar membeli-belah untuk persediaan hari raya pada esok hari. Seronok melihat adik-adik yang gembira membeli pakaian baru. Teringin juga beraya bersama keluarga dikampung yang tercinta. Tapi hasrat tidak tercapai atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Tapi takpa la, ujian hati untuk saya. Bila lagi nak merasa beraya ditempat orang.

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1429. "Kullu 'amin wa antum bikhair". Maaf zahir dan batin. Buat keluarga dikampung terutama mak dan abah, saya memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap yang telah saya lakukan secara sengaja atau tidak sehingga mengguris hati. Ampunkanlah segala dosa-dosa anakmu ini. Buat adik-adik yang disayangi, ampunkanlah juga abang ya. Abang rindukan kamu semua. Rindu sangat kat mak dan abah. InsyaAllah cuti nanti kita jumpa ya....

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, saya memohon maaf atas segala salah, silap dan kelemahan yang ada pada diri ini. Maaf zahir dan batin semenjak perkenalan kita bersama. Usik-mengusik, gurauan yang berlebihan mohon dimaafkan. Dan juga mohon halalkan makan dan minum.
Kamu semua dah banyak membantu saya semasa saya berada dalam kesusuahan. Saya sayang kamu semua wahai sahabat-sahabatku.

Sekian sahaja dari saya buat kali ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 buat semua pembaca.

Salam Anak Perantau.....


Baru nak mula...

Alhamdulillah akhirnya jadi juga saya membuat blog.
Moga-moga ada kebaikan yang saya terima dan berikan dengan adanya blog ni.
Dengan perkongsian yang ada, saya harap mendapat komen yang positif agar saya terus membaiki diri dari masa ke semasa.
Moga-moga cita-cita setiap muslim yang inginkan taraf taqwa juga dapat saya usahakan..
InsyaAllah.

Hamba Yg Lemah..............