Tuesday, May 26, 2009

Training Bersama Usahawan...


Bermula hari isnin yg lepas saya bersama 11 orang usahawan bahagian foundry menjalankan training di kilang bahagian pembuatan foundry. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil dan setiap orang daripada kami sebenarnya diminta untuk membawa master pattern masing-masing. Tapi ada sebahagian sahaja yang membawa master pattern masing-masing. Saya membawa 3 jenis pattern untuk digunakan dalam training tersebut. Kami di ajar cara menggambungkan dan memotong rubber mold. Selepas itu, dengan menggunakan master pattern yang kami bawa, kami diajarkan membenamkan master pattern kami untuk membuat bentuknya pada rubber mold. Kalau tak faham, tengok je gamber di bawah nanti. Hehehe..

Usahawan : Tengah memotong rubber mold untuk bulatan 12 inci.


Menyusun master pattern sebelum membenamkannya kedalam rubber mold untuk mendapatkan bentuk.


Rubber mold yang telah dimasak selama semalaman.


Kepala tali pinggang yang di copy semula dengan banyaknya... Hehehe.. Sapa la punya kepala tengkorak ni......

Produk patung kuda yang telah siap dikeluarkan serta siap digilap sehingga kilat bersama pattern asal iaitu berwarna kuning.

Cara membuka rubber mold setelah proses penghasilan produk menggunakan mesin spin casting.

Antara produk yang dihasilkan.

Sedikit komen daripada En. Zuraini terhadap produk kuda yang kuran sempurna.

Seronok juga belajar semua ni. Boleh buat bisnes. Hehehe.. Training ni berjalan selama 2 hari. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan kesemua produk diatas adalah pewter alloy. Bahan lain yang boleh digunakan adalah Zink ataupun timah. Selepas daripada ini, ia juga boleh disalutkan dengan emas macam yang kita belajar di sekolah dulu. Saya pun lupa dah nama kaedahnya. Huhuhu.

Kembali....

Hmm… Lama dah saya tak update blog ni… Lama juga. Sejak bulan febuari yang lalu. Ada juga sahabat-sahabat yang bertanya kenapa blog saya tak “up to date”. Saya hanya bersenyum saja. Ada juga yang member semangat pada saya untuk terus menulis dan belajar menjadikan penulisan sebagai medan da’wah. Saya pun berfikir begitu. Tapi saya bukanlah penulis yang baik. Hanya perkongsian di otak yang mampu di curahkan ke dalam blog ni.



Hmm… Sekarang saya berada di Sabah. Sedang menjalankan praktikal selama 2 bulan di SIRIM Berhad cawangan Sabah. Di sini saya di tempatkan di bahagian kaca dan foundry. Memang berkaitan dengan kos yang saya ambil di UTM iaitu bidang Polimer. Setiap hari saya bertolak jam6.45 pagi dari rumah dan masuk pejabat jam7.30 sebab boleh keluar jam4.30. hehehe. Perjalanan mengambil masa hampir 45 minit untuk sampai ke tempat kerja. Jauh juga perjalanan ke sini ye… Itu perjalanan pada sebelah pagi. Kalau sebelah petang pula, saya kena singgah abah saya di Wisma MUIS. Ia mengambil masa selama hampir sejam untuk sampai ke sana. Ini semua disebabkan kesesakan yang berlaku pada sebelah petang kerana ramai dah pekerja yang balik dari tempat kerja…

Di SIRIM tak banyak kerja yang saya buat. Tapi ada juga yang saya pelajari dari sini. Aplikasi dari apa yang saya belajar di UTM. Saya sendiri mencuba untuk membuatnya. Macam yang dalam gambar tu.. hehehe…

Ini adalah rubber mold yang telah siap di masak atau orang putihnya panggil, telah siap di compress. Ini adalah bahagian foundry.

Seorang usahawan dari bahagian kaca kristal tengah membuat latihan.

Seorang usahawan dari bahagian kaca ukir tengah menghasilkan produk. Tengah ukir swan tu. Hehehe..

Abang Amir, seorang juruteknik bahagian foundry tengah memeriksa mesin spin casting.

Sebelah malamnya pula saya hanya duduk dirumah. Beberapa hari yang lalu berjumpa dengan seorang sahabat. Saya di bawa berjumpa seorang ustaz. Hmm.. Banyak juga yang kami cerita. Tapi kadang-kadang susah untuk saya terima.Ia berkaitan dengan aqidah kita. Hmm… Rasanya tak perlu la saya ceritakan di sini. Kalau nak tahu, contact la saya.. Hehehe…