Wednesday, June 16, 2010

Indah Hidup Bersama Ilahi


Alangkah indah hidup ini

Hidup bersama ilahi

Kehendak Allah difahami

Pandai menerima darinya.


Bijak menggunakan nikmatnya

Ia dianggap ibadah

Semua diberi pahala

Tarbiyah Allah berhikmah


Sabar dengan ujian

Tanpa hisab akan diganjari

Nikmat yang diberi

Memudahkan untuk berbakti


Merasai pemberiannya

Itulah tanda bersyukur

Akan ditambah lagi nikmat yang diberi


Terseksa bermujahadah

Kerana menempuh jalan

Untuk menuju Allah

Tarbiyahnya Allah tunjukkan


Tawakal kpd ilahi

Terutama mengenai rezeki

Tanpa ragu2 walaupn sdikit

Ada jaminan pembelaan darinya


Bila taqwa pakaian kita

Urusan kita dimudahkan

Kerana kita sudah menjadi ahlillah

Begitu indah hidup bersama Tuhan


Korban harta kerana Allah

Agar berdaulat kalimatullah

Setiap satu kebajikan

Semuanya digandakan.

Monday, June 14, 2010

ADAKAH KITA SIBUK


Kita sering merungut sibuk…saya sibuk nie..tak dapat nak hadir majlis ilmu itu lah..dll Tapi tahukah anda bahawa Ar- Rasul adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah sibuk kerana:

1. Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
2. Bermunajat kpd Allah setiap malam
3. Mengajar ilmu kpd umatnya setiap hari
4. Berperang di jalan Allah
5. Melayani isteri-isteri
6. Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23
tahun serta menghafalnya

7. Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain

8. Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)

9. Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin

10. Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan

permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara

1.belajar
2.Keluarga (isteri dan anak-anak)
3.Melangsaikan hutang ...
4.Dan lain-lain..

Inilah perbandingan nilai iman kita dengan iman rasulullah. Oleh itu, marilah kita sama-sama merenung kembali diri kita ... semoga kita
dicampakkan hidayah dan insaf dengan kekerdilan diri kita ini... Wallahualam

Tuesday, June 1, 2010

DOA WAHDAH

BACA DOA WAHDAH





لا إله إلاّ الله

إلهاً واحداً و نحن له مسلمون




لا إله إلاّ الله

و لا نعبد إلاّ إيّاه...

مخلصين له الدين

و لو كره المشركون




لا إله إلاّ الله

ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين




لا إله إلاّ الله

وحده وحده وحده


أنجز وعده

ونصر عبده

وأعزّ جنده

وهزم الأحزاب وحده




فله المُلكُ و لهُ الحمد

يحيي و يميت

و يميت و يحيي

و هو حيٌّ لا يموت




بيده الخير

و هو على كلّ شيءٍ قدير




الله أكـــبر






Maksud Doa WAHDAH



Tiada Tuhan yang disembah selain

Allah

Tuhan yang Maha Esa

dan kami berserah kepadaNya

Tiada Tuhan yang disembah

selainNya

kami tidak menyerah selain

kepadaNya

kami mengikhlaskan tunduk kepada

Nya

walaupun dibenci oleh org musyrik

Tiada Tuhan selain Allah

Tuhan kami dan Tuhan nenek

moyang kami

yang terdahulu





Tiada Tuhan yang disembah selain

Allah

Tuhan yang Esa,Tuhan yang

Esa,Tuhan yang Esa

Dia telah menunaikan janjiNya

Dia telah memenangkan hambaNya

Dia telah memuliakan tenteraNya

dan Dia telah mengalahkan

musuhNya berseorangan





Bagi Allah segala kerajaan,bagi

segala pujian

Dia yang menghidupkan dan

mematikan

Dia yang mematikan dan

menghidupkan

sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak

mati

Dalam segala kekuasaan dan

kebajikan

dan Dia Maha Berkuasa atas segala

sesuatu

Allah Maha Besar

Monday, May 31, 2010

Selamatkan Palestin!!!!


Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam.

Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,

Wednesday, May 26, 2010

Apa kena dengan orang ini??


Helmet ada kat depan... Kenapa dia tak nak pakai?
Nak lawan undang-undang ke??

Kalau nak berbaik sangka (husnuzzhon), mungkin jugak helmet tu tak muat dan bagi menyatakan bahawa dia begitu mematuhi undang-undang, diusahakan jugak untuk menutup kepala...:)

mudah-mudahan selamat dijalan raya....:)

Tuesday, May 25, 2010

Bila tidak merujuk kpd Tuhan..




Di dunia ini kalau keretalah yang
rosak bila hendak dibaiki
orang tidak menggunakan panduan otak
Panduan dirujuk kepada katalog yang
dibuat oleh tukang kereta
Kerana orang tahu kalau dibuat juga
kereta akan bertambah rosak
Bahkan orang akan menuduh orang itu
tiada otak
Orang akan menyalahkannya kerana tidak
tahu membaiki kereta yang rosak
Tapi kita pelik manusia hari ini telah
rosak
Sebab itulah jenayah berlaku
berleluasa dan merebak
Hendak memulihkan manusia yang sudah
rosak dengan otak
Padahal dunia dan manusia Tuhan yang
cipta
Tapi hendak membaiki manusia dengan
manusia punya otak
Sedangkan manusia bukan ciptaan dari
otak
Sepatutnya merujuklah kepada Tuhan
yang mencipta manusia
Sejauh manalah kemampuan manusia
hendak membaiki manusia bukan
ciptaannya
Apa yang terjadi seperti tikus
membaiki labu
Makin rosak, bahkan punah-ranah dan
musnah
Membaiki labu bukan kerja tikus yang
memusnah
Membaiki manusia bukan kerja manusia
kalau bukan panduan dari Allah
Membaiki manusia mesti dengan ajaran
Allah yang menjadikan manusia
Kalau manusia lakukan juga manusia
akan punah-ranah
Manusia akan menjadi jahat dan memusnah
Manusia akan jadi penjahat yang
merosak masyarakat
Jenis manusia juga yang akan susah
Itulah yang terjadi pada hari ini,
macam tikus membaiki labu
Kejahatan manusia yang merosakkan
manusia, tapi manusia tidak sedar diri
Sekarang tanggunglah sendiri

Salam Kembali.....

Ingin memulakan semula blog yang sudah lama ditinggalkan.....

Berfikir sejenak mencari idea pengisian blog.... Blur jgk sebenarnya... sebab diri ini bukannya orang yang begitu mahir menulis... hanya sekadar berkongsi atas pemerhatian yang dibuat....