Friday, February 27, 2009

Kenapa???

Salam'alaik...

Alhamdulillah hari ni sempat lagi aku solat subuh berjemaah. InsyaAllah moga sentiasa menjadi amalanku dan kebiasaan pada diriku. Aku kini cuba untuk melatih diri untuk istiqamah bangun awal sebagaimana menjadi kebiasaanku sewaktu di matrik dulu. Qiam pun hampir setiap minggu aku jalani, tapi bila berada di Universiti aku hairan mengapa diri ini begitu sukar untuk mengamalkan apa yang telah menjadi kebiasaanku sewaktu di matrik dulu... Ya Allah! Aku pohon petunjukMu dan bimbinganMu...

Sudah begitu lama aku tidak meng"up-date" blog ini..... Apakah sebabnya?????
Mungkin aku tidak pandai untuk berkata-kata di medan ini. Ya betul!! Aku kurang mahir dalam mengarang dan bermain-main dengan bahasa.... Tapi sewaktu aku bermula berjinak-jinak dengan blog ini, aku berniat untuk "belajar-belajar". Melatih diriku ini supaya boleh berkongsi tentang apa sahaja yang ku ingin kongsikan... kadang-kadang aku ingin juga mencontohi seniorku sewaktu sekolah hinggalah sampai ke Universiti dia masih seniorku yang banyak membimbingku selama ni.... Tapi kenapa aku tidak boleh jadi sepertinya... Bukan tidak boleh, aku sedar aku perlu mulakan kesedaran tu dari diriku sendiri... InsyaAllah...

No comments: