Tuesday, May 26, 2009

Training Bersama Usahawan...


Bermula hari isnin yg lepas saya bersama 11 orang usahawan bahagian foundry menjalankan training di kilang bahagian pembuatan foundry. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil dan setiap orang daripada kami sebenarnya diminta untuk membawa master pattern masing-masing. Tapi ada sebahagian sahaja yang membawa master pattern masing-masing. Saya membawa 3 jenis pattern untuk digunakan dalam training tersebut. Kami di ajar cara menggambungkan dan memotong rubber mold. Selepas itu, dengan menggunakan master pattern yang kami bawa, kami diajarkan membenamkan master pattern kami untuk membuat bentuknya pada rubber mold. Kalau tak faham, tengok je gamber di bawah nanti. Hehehe..

Usahawan : Tengah memotong rubber mold untuk bulatan 12 inci.


Menyusun master pattern sebelum membenamkannya kedalam rubber mold untuk mendapatkan bentuk.


Rubber mold yang telah dimasak selama semalaman.


Kepala tali pinggang yang di copy semula dengan banyaknya... Hehehe.. Sapa la punya kepala tengkorak ni......

Produk patung kuda yang telah siap dikeluarkan serta siap digilap sehingga kilat bersama pattern asal iaitu berwarna kuning.

Cara membuka rubber mold setelah proses penghasilan produk menggunakan mesin spin casting.

Antara produk yang dihasilkan.

Sedikit komen daripada En. Zuraini terhadap produk kuda yang kuran sempurna.

Seronok juga belajar semua ni. Boleh buat bisnes. Hehehe.. Training ni berjalan selama 2 hari. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan kesemua produk diatas adalah pewter alloy. Bahan lain yang boleh digunakan adalah Zink ataupun timah. Selepas daripada ini, ia juga boleh disalutkan dengan emas macam yang kita belajar di sekolah dulu. Saya pun lupa dah nama kaedahnya. Huhuhu.

1 comment:

Adi said...

asalamualaikum, saya dari indonesia tertarik mempelajari tehnik spincasting, saya ingin bertanya jenis rubber mold seperti apa yg digunakan foto2 di atas, apakah mold yg di gunakan bisa memakai karet vulcanizing untuk ban kendaraan ? karena di indonesia susah untuk mencari bahan rubber mold tersebut

salam kenal :D