Wednesday, June 16, 2010

Indah Hidup Bersama Ilahi


Alangkah indah hidup ini

Hidup bersama ilahi

Kehendak Allah difahami

Pandai menerima darinya.


Bijak menggunakan nikmatnya

Ia dianggap ibadah

Semua diberi pahala

Tarbiyah Allah berhikmah


Sabar dengan ujian

Tanpa hisab akan diganjari

Nikmat yang diberi

Memudahkan untuk berbakti


Merasai pemberiannya

Itulah tanda bersyukur

Akan ditambah lagi nikmat yang diberi


Terseksa bermujahadah

Kerana menempuh jalan

Untuk menuju Allah

Tarbiyahnya Allah tunjukkan


Tawakal kpd ilahi

Terutama mengenai rezeki

Tanpa ragu2 walaupn sdikit

Ada jaminan pembelaan darinya


Bila taqwa pakaian kita

Urusan kita dimudahkan

Kerana kita sudah menjadi ahlillah

Begitu indah hidup bersama Tuhan


Korban harta kerana Allah

Agar berdaulat kalimatullah

Setiap satu kebajikan

Semuanya digandakan.

No comments: